Stand still with one leg up.

Kelmarin

aku rasa

aku rasa orang sekeliling jarang peduli pasal aku.makan minum aku.bila dipersoal,ditengking balik.lebih baik aku kaku,diam,sorok diri.susah lah kalau tiap tiap malam pun mata bengkak.susah lah kalau tiap tipa hari pun sorok diri dalam bilik.keluar pun bila rasa nak menonton.keluar pun bila rasa lapar.keluar pun bila rasa lemas,rimas.susah kan hidup macam ni?bila buat salah,ditengking,dimaki.bila buat betul,jarang dipuji.bukan aku mahu,tapi cuma aku mahu sedapkan hati.aku tak mahu ada perasaan benci dekat orang sekeliling.aku bukan manusia yang bila jatuh,mudah untuk bangun.aku perlu kan tongkat untuk berdiri,dan tongkat itu adalah orang sekeliling aku.aku cuma mahu engkau tahu.aku dah penat dibandingi,aku dah penat dimaki.bagi engkau aku siapa?

aku punya perasaan.bagi engkau aku keras hati.tapi realiti,hati aku ini lah yang paling mudah terguris.bila terguris,susah pula sembuh.aku dah penat mengeluh.sampai bila keadaan boleh pulih?sampai aku hilang dari pandangan?aku memang bodoh,sebab aku berdiam.bukan aku tak bersyukur,bukan aku tak puas,cuma hati aku bertindak.aku rasa sampai mati pun engkau takkan faham.

cuma bila aku bertindak,engkau lebih berkuasa.sampai bila bila pun keadaan tak akan pulih.percayalah.

No comments: