bila aku berdiri, aku mahu semua sama. aku tak mahu ada perasaan bongkak. biar berdiri sama tinggi. duduk sama rendah. aku mahu semua lihat apa yang aku lihat. aku mahu semua bernafas selagi aku masih bernafas. aku mahu semua kuat, selagi aku masih kuat. aku mahu semua menang selagi aku menang. aku mahu semua beraksi selagi aku masih beraksi. aku mahu semua memaafi selagi ada yang meminta dimaafkan.
aku mahu sahabat yang berkekalan. Alhamdulillah, semua masih setia. aku tidak mahu ada perasaan iri hati. iri hati itu racun. boleh dipanggil 'silent killer'. lalu semua jatuh. jatuh kerana dibunuh dengan perasaan iri hati.
kini aku tahu kenapa wujudnya malam dan siang di dunia.
kerana Allah Maha Adil.
Dia mahu semua merasa ciptaan-Nya.

No comments:
Post a Comment