hai budak sekolah rendah
hai budak sekolah menengah
Aku perasan jugak lah,banyak perbezaan sekolah rendah dengan sekolah menengah ni. contoh ekstrem memang lah pasal subject. subject yang kita kena belajar makin banyak. so,otak pun kena lah makin ligat. bukan ligat tidur. hish,tidur je kerja engkau.maksud aku kita kena banyak guna otak lah.
Aku dapat tengok,perbezaan paling ketara ialah pasal attitude. yaaa,sepuluh markah disitu ye jaja. tak payah tengok jauh jauh lah,contoh terdekat pun dah ada. kawan kawan aku. yaaaa,kawan kawan aku sendiri. masa darjah satu sampai darjah enam,aku sekolah campur. so,memang biasalah main kejar kejar,pastu main ketuk ketuk kepala. pastu main polis and thief. pastu main bunuh bunuh. pastu main tikam tikam.pastu main mati mati.
Kitaorang nampak sangat sweet dulu. takde pun pernah terfikir nak main couple couple,pastu main pegang pegang,pastu main raba raba,pastu main beranak beranak. (haha,gila deep ayat).
Masa sekolah menengah aku kena tukar pergi sekolah lain. sekolah semuaaaaaaaaaa perempuan. agak terkejut jugak lah. pastu tak biasa. kalau kena buli,takde sape nak defend. (sebab masa sekolah rendah,kalau aku kena buli dengan budak class lain,budak lelaki class aku mesti datang defend.haha). tapi sekarang nasib baik aku gagah perkasa. haha
Lepas dah berbulan bulan masuk sekolah sejenis, rindu pulak kawan kawan lain jenis. haha. maka kalau sekolah rendah ada hari sukan etc,aku datang lah nak jumpa diorang. aku ingat lagi,masa tu aku baru form one. maka lepak lah dengan Z. aku nak pergi jumpa F ni,masa dulu dulu dia ni baik gila. aku selalu buli dia. haha dia comel. masa aku jumpa dia tu,aku agak hampa lah bila dapat tahu dia dah ada boyfriend. bukan setakat hampa,terkejut gila babi badak pun ada. tak sangka budak classmate aku yang baik baik,masuk sekolah menengah terus ada boyfriend. budak lelaki pun sama. otak makin lucah. tapi dengan aku diorang tak berani lah nak lucah lucah ni. kau nak kena flying kick ke hape? aku taekwando biru dua tahuuuu :p
Lepas masuk sekolah menengah jugak,aku banyakkkkkkkkkkkk sangat belajar benda yang advance. banyak gilaaaaa. malas ahh nak bagitahu kat sini. kang kena kutuk "hek eleh budak ni,naik sekolah menengah baru tahu pasal benda benda macam ni?gila lame" -.......-
Kesimpulannya,aku malas gila nak bagitahu perbezaan Sekolah Rendah dengan Sekolah Menengah dah. aku mengantuk. haha sekian,bye
p/s; aku baru tahu yang aku ni cucu tok imam.fuhyoh

2 comments:
ahahaha. kelaka gile. ^^ nice one!
haha terimas :D
Post a Comment