...laki yang tiba-tiba jatuh cinta atau 'berkapel' mesti tiba-tiba jadi hotstuff. Padahal masa single tak ada pun perempuan nak gila-gila ngorat. Bila dah kapel, tiba-tiba ramai yang menggatal. Dari yang sudah berpunya, yang belum berpunya, yang mengorat semua orang, even yang preach about sisterhood. Teori aku? Perempuan-perempuan yang mengorat ni insecure sebenarnya. Mereka rasa, kalau mereka dapat merampas, mereka 'menang'. Mereka lagi berkuasa. Lagi lawa. (sila kelik kalau nak baca penuh)
aku ambik tu dari Magenta punya blog. sumpah, aku takde nak mengata sesiapa pun. aku takde perli ke, sindir ke apa apa lah yang nak buat orang terasa. aku hanya nak share. tolong lah faham.
bila difikirkan balik, memang logik apa yang dia cakap. kaum perempuan ni sanggup buat apa je untuk kaum lelaki. sanggup pakai cantik cantik, buat botox, susuk etc untuk tarik attention lelaki. lelaki pulak? diorang rasa secure sebenarnya sebab perempuan macam mana pun, akan pergi dekat diorang jugak. tambah lagi bila tanda dunia dah akhir zaman sekarang. perempuan lebih banyak daripada lelaki. lagilah lelaki rasa secure.
tapi senang ke nak cari perempuan yang bagus di mata lelaki? aku rasa tak. aku rasa lah. abang aku pernah cakap "perempuan melayu murah yang selalu pakai sexy, tunjuk semua benda yang diorang ada tu, actually diorang tak cantik. cuba kalau diorang tutup semua benda tu, mesti orang tak nak." amboi, pedas gila ayat -.- bila dengar abang aku cakap macam tu, perasaan aku 50-50. ada betul ada tak. sebab aku tengok ramai je perempuan cantik yang pakai sexy. dan ada perempuan tak cantik yang pakai sexy. ye betul.
bagi aku, orang yang kahwin pilihan mak ayah ni mesti selamat dunia akhirat. berkat. tapi ada je yang tak sehaluan. jarang pulak aku dengar. bagi aku, seronok tau pilihan mak ayah. bercinta lepas kahwin. boleh buat apa benda yang kita suka. ni tak, nak jugak bercinta sebelum kahwin. meluat gila aku tengok. pegang pegang tangan, cium pipi. yang tak boleh blah, masa nak balik tu, si perempuan siap cium tangan si lelaki. lelaki tu bukannya suami kau pun. kalau suami kau ye lah kau dah dapat pahala. ni tak, siap dapat dosa lagi.
diingatkan sekali lagi, aku takde nak perli sesiapa. tolong faham.
aku hanya nak ingatkan kaum aku je. jangan jadi hamba lelaki. aku nak ingat kan orang, at the same time, aku ingat kan diri aku jugak. better kau jual mahal daripada jadi perempuan yang meminta nombor lelaki. kelakar kan? perempuan yang maintak nombor lelaki. betul, dunia memang dah terbalik.
mesti yang terasa tu cakap "kau pun bukannya baik sangat pun. gelabah nak nasihat orang buat apa?" kalau ada yang fikir macam tu, syukur Alhamdulillah. kau bagi pahala dekat aku. terima kasih.

6 comments:
betul tu.kadang-kadang saya pun tak faham kenapa mereka perlu pakai sexy-sexy untuk tarik lelaki?sedangkan dalam agama terang-terangan benda itu dilarang dan kita diwajibkan menutup aurat.hmmmm
haha senang je. macam mak saya kata, benda ni semua mula dari mak ayah. kalau mak ayah didik dari kecik, insyAllah, dia mesti ikut jalan Allah. kecuali kalau dia memang hati batu. tu memang tak boleh nak kata apa lah. hahaha
kirim salam abang eh jaja XD *jokeee
Bagus lah post awak ni. Kadang-kadang kalau saya nasihat diorang, diorang macam marah -.-' Pastu, kat pavillion semua berlambak minah-minah seksi semua.
anonymous; haish mariah ni. haha
shafiqah nazaruddin@ rozailan; kita kene ada keberanian. cewah. haha relax je. pedulikan apa orang nak kata. kalau nak tunggu semua orang kena baik dulu, baru boleh nasihat, memang dunia hancur lah kan? hehe
Hishhhhh jangan lah bagi tahu Nama betul . Malu laa i .. Hahaha
Post a Comment