siapa yang tak pernah makan dekat Chef Noodle kalau dia duduk dekat area Manjung, Perak tu, kau memang penipu nauzubillah lah. aku yang duduk Lekir ni pun tahu. hahaha! tak payah nak perli. diam! alaa, Chef Noodle yang dekat depan rumah Cikgu Mashita tuuu, alaaa. rumah Cikgu Mashita kan warna hijau. hehe. ehh tapi Chef Noodle dah tukar tempat kan? ke aku yang baru tahu? musykil musykil musykil.
aku sebenarnya hairan dengan seorang pekerja dia. hairan sangat sangat. aku musykil, sekali pandang memang macam pondan. dua kali pandang macam perempuan. banyak kali pandang kot kot dia ni dua alam ke. ehh entah entah entah. malas nak fikir.
tapi bila setiap kali aku makan kat situ, aku suka pandang dia. aku nak make sure apa jantina dia. tapi aku masih keliru. musykil musykil musykil. aku tak pernah cakap kat family aku pasal dia, sebab aku tahu, mesti diorang tahu apa aku fikir. tapi diorang pun diam je. musykil musykil musykil.
TETAPI! (masuk kan bunyi aura seram yang bunyi dia macam "ceng ceng ceng")
harini aku dapat membongkarkan segala rahsia. AKU DAH TAHU SIAPA DIA! he he he. tadi aku makan dekat Chef Noodle. masa aku nak pergi counter nak bayar, ya, aku yang belanja family aku makan harini. (tipu) okay okay sambung. masa aku pergi counter nak bayar, kebetulan dia pulak yang jaga counter. hati aku pun mula berbisik bisik sesama sendiri, konon tak nak bagi telinga aku dengar lah. sebab tu diorang bisik bisik. tapi telinga aku terdengar jugak. nak buat macam mana kan hati? hati hati lah dia lain hari. antara ayat hati berbunyi begini;
hati satu; ehh orang ni lah. bagus bagus. harini boleh lah kita tahu apa jantina dia.
hati dua; ha'ah lah. (sambil sep high five dengan hati satu) bagus bagus.
hati satu; ehh syaitannn, kau tiru ayat aku nampakkkk.
hati dua; ehh iblissss, suka hati gua lah.
lalu hati satu dan hati dua bergaduh. tapi aku tak peduli. ohh yes! dah tiba time aku nak bayar. yes! yes! perasaan aku berdebar debar seperti mahu mengambil slip keputusan PMR dan bertambah berdebar lagi mahu tahu apa keputusan Geografi aku. berdebar debar siot. he he he.
dia tengok tengok belek belek aku punya resit, pastu dia cakap "11 ringgit 60 sen dik" suara dia..... suara dia.... suara dia...
garau. uhuk uhuk
siapa sangka orang yang berambut panjang dan perang dan mempunyai bentuk badan yang hot sebenarnya..... siapa sangka?

2 comments:
haha,aku tahu siapa yang cuba cakap ni dekat tenpat tu.HAHAHA.aku pun tertanya-tanya
hahaha now you know who is 'he' right? hahahahaha
Post a Comment